Proceedings of the 1st International Conference on Language, Literature, Culture & Education 2014
ISBN 978-967-13140-0-5

Peranan Pengetua sebagai Pemimpin Teknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia

Noraini Abdullah, Hamidon Khalid, Mohd. Izham Mohd. Hamzah

Institut Aminuddin Baki‚Ä®

ABSTRACT

Kajian ini bertujuan meninjau peranan pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia sebagai pemimpin teknologi dari aspek visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran; amalan professional dan produktiviti; kelengkapan infrastruktur dan; sokongan pengurusan dan pengendalian ICT. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam mengimplementasikan kepimpinan teknologi dan bagaimana mereka menangani kekangan yang dihadapi di sekolah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif dalam meneliti lima aspek kepimpinan teknologi pengetua. Data kuantitatif diperolehi daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir yang akan ditadbirkan kepada 375 orang pengetua dari enam zon yang berbeza. Data kualitatif pula diperolehi melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru dari enam zon di Malaysia. Data kuantitatif akan dianalisis secara deskriptif , ujian inferensi MANOVA dan Regresi berganda dengan menggunakan perisian SPSS versi 17. Kajian ini juga telah menggunakan dapatan temu bual untuk menyokong dapatan kuantitatif dan bagi menjawab persoalan kajian iaitu untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dalam mengimplementasikan kepimpinan teknologi di sekolah. Selain itu beberapa cadangan penambahbaikan untuk pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin teknologi yang berkesan juga di analisis melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru.

KEYWORDS

Back to Table of Contents
Download Full Paper (PDF)